PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Pasukan Negeri Sembilan mungkin boleh meraikan kejuaraan Liga Premier lebih awal sekiranya keputusan bantahan kelab tersebut terhadap Kelantan FC diterima oleh Malaysia Football League.

Dalam perlawanan 27 Ogos lalu, Kelantan telah membuat kesilapan dengan melakukan pertukaran lima pemain sebanyak empat kali, yakni pada minit ke-71, minit ke-82, minit ke-85 dan minit kedua masa tambahan.

Promosi RM1

Berdasarkan undang-undang pertukaran pemain yang diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.

Oleh itu, Kelantan telah didapati menurunkan pemain yang tidak layak beraksi dan berdasarkan ketetapan Kod Disiplin FIFA, pasukan lawan sepatutnya diberikan kemenangan percuma 3-0.

// PROMOSI JERSI EPL MURAH DARI RM10 SEHELAI

Laporan Berita Harian menyebut Negeri Sembilan telah mengemukakan aduan kepada MFL dan pihak MFL telah mengenakan Kelantan FC dengan denda sebanyak RM30,000 serta tindakan juga diambil terhadap pegawai bertugas pada perlawanan terbabit.

Negeri Sembilan walaubagaimanapun dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana ianya bertentangan dengan Kod Disiplin FIFA, dan dikhabarkan telah mengemukakan rayuan sebelum perlawanan menentang Sarawak United.

Stesen TV9 juga melaporkan bahawa Negeri Sembilan telah mengemukakan rayuan berhubung kes tersebut dengan MFL, dan badan induk itu dijangka bermesyuarat minggu hadapan bagi menentukan samada Negeri Sembilan sepatutnya diberikan kemenangan percuma.

Jika MFL mengambil keputusan mengikut Kod Disiplin FIFA, maka Negeri Sembilan akan secara automatik menerima tiga mata berharga yang akan secara terus mengesahkan kejuaraan mereka dalam Liga Premier musim ini.