LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Hasrat Sarawak United untuk menjadi juara Liga Premier sebelum perlawanan terakhir liga berkecai malam ini apabila pasukan bimbingan E. Elavarasan itu tewas kepada Negeri Sembilan.

Kedua – dua pasukan seimbang pada babak kedua, namun tandukan Francis Kone pada minit -minit terakhir perlawanan mengesahkan Negeri Sembilan memungut mata penuh pada perlawanan ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Ini sekaligus menyaksikan Negeri Sembilan memintas Sarawak United di persada Liga Premier dengan kedua – dua pasukan kini hanya memiliki satu perlawanan.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee, dilayangkan kad merah kerana tindakan beliau yang dilihat berbahaya di dalam kawasan gol, dengan Kone juga diarah keluar padang sejurus menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan kerana memungut dua kad kuning.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K Devan, yang ditemui selepas perlawanan melahirkan kegembiraannya terhadap keputusan perlawanan dan semangat yang ditunjukkan pemainnya.

Sungguhpun demikian, beliau tidak mahu terlalu optimis dengan peluang menjuarai Liga Premier dan hanya mahu fokus perlawanan berikutnya.

“Kita tidak ambil optimis apa yang terjadi dan kita akan fokus kepada perlawanan menentang PDRM.” kata K Devan selepas perlawanan.

“Kita akan fokus perlawanan seterusnya.” tambahnya lagi.