PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Sebaik wisel penamat dibunyikan, berlaku insiden di dalam padang di Stadium Bolasepak Cheras yang mana menyaksikan ada pegawai dan pemain Sarawak United mengerumuni pengadil perlawanan Mohamad Kamil Zakaria.

Insiden dipercayai tercetus ekoran perasaan tidak puas hati pegawai dan pemain Sarawak United terhadap Kamil yang melayangkan kad merah ke atas penjaga gol Sharbinee Allawee ekoran kekasaran yang dilakukan penjaga gol berpengalaman itu di dalam kawasan penalti.

Promosi RM1

Dalam kejadian itu, Sharbinee dilihat telah mengangkat kakinya melebihi paras dibenarkan sehingga menyebabkan kakinya merempuh dada seorang pemain Negeri Sembilan.

Kamil yang jelas nampak kejadian tersebut telah dengan serta merta melayangkan kad merah kepada Sharbinee, sambil pemain Sarawak United cuba membuat bantahan.

// DAPATKAN JERSI ORIGINAL CHELSEA FC MURAH

Sungguhpun demikian, Kamil telah tetap dengan keputusannya, dan Francis Kone telah mengambil sepakan penalti yang kemudiannya tinggi melepasi palang gol.

Kone walaubagaimanapun berjaya meledakkan gol kemenangan Negeri Sembilan apabila menanduk masuk satu hantaran lambung di dalam kawasan penalti, yang sekaligus menewaskan penjaga gol gantian Sarawak United, Saiful Wazizi.

Kone telah meraikan gol tersebut dengan membuka jersinya, dan ini telah menyebabkan Kamil mengarahkan Kone keluar padang kerana pemain import Negeri Sembilan itu kini telah mengutip dua kad kuning dalam perlawanan.

Selepas wisel penamat, beberapa pemain serta pegawai Sarawak United telah meluru ke pengadil perlawanan dengan insiden tolak menolak kelihatan.

Situasi dilihat tegang dengan beberapa pegawai lain cuba menenangkan keadaan sambil Kamil berjalan masuk ke bilik persalinan.

Kejadian selepas perlawanan itu mendapat liputan dan reaksi yang banyak daripada pelbagai pihak dengan video insiden tular di media sosial.