Sibu FA kekalkan exco, terima RM20,000 dan lantik Posa sebagai penaung

Persatuan bolasepak Bahagian Sibu (SDFA) telah sebulat suara melantik Posa Majais sebagai penaung persatuan tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu.

Laporan Utusan Borneo menyebut bahawa pelantikan Posa mendapat sokongan semua ahli majlis tertinggi SDFA.

Turut diumumkan adalah pengekalan semua ahli exco SDFA bagi sesi 2020 – 2022 oleh pihak SDFA.

Ini sekaligus menyaksikan tiada pemilihan dilakukan pada mesyuarat agung kali ini dengan Presiden SDFA Dr Kamurudin Ahmed Junaidi, Timbalan Presiden SDFA Mejar (B) Moses Ripai, Setiausaha SDFA ASP Kushairy Bujang, Bendahari SDFA Mohamad Arhman Mahdi, Ketua Jurulatih SDFA, Omar Mayah Mohd Abun serta ahli exco SDFA semuanya mengekalkan posisi masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Posa juga telah mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada SDFA bagi membantu menggerakkan aktivitinya sambil memaklumkan bahawa masalah kekurangan padang di Sibu akan dibawa kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Posa juga memaklumkan SDFA bahawa Sibu akan menjadi tuan rumah Liga Sarawak bagi Zon Tengah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top