PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bolasepak Kuching City hari ini gagal memanfaatkan kesempatan bermain di tempat sendiri apabila tewas kepada pasukan simpanan Terengganu II dalam perlawanan Liga Premier petang tadi.

Kemenangan sepatutnya mengesahkan tempat Kuching City di Piala Malaysia musim ini, namun kemenangan yang dicati The Cats tidak kunjung tiba apabila gawang mereka dibolosi dua kali.

Promosi RM1

// LIHAT PROMOSI JERSI LIGA MALAYSIA TERKINI

Gol pertama Terengganu II dijaringkan melalui gol sendiri oleh Jimmy Raymond pada minit ke-71, manakala pemain gantian Terengganu II, Muhammad Nur Azfar mengesahkan kemenangan petang tadi milik penuh Terengganu II.

Ketua jurulatih Terengganu II, Badrul Afzan, berkata pasukan beliau sememangnya agak lemah pada babak kedua dan beliau bersyukur dengan kemenangan ke atas Kuching City yang beliau anggap sebagai pasukan yang bagus.

Kekalahan Kuching City bermakna pasukan The Cats tidak mengubah kedudukan kelab tersebut dalam Liga Premier namun ianya mengurangkan kelebihan yang dimiliki oleh Kuching City ke atas pasukan Kelantan United yang juga mencari ruang untuk ke Piala Malaysia.