Ketiga-tiga pasukan dibawah naungan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhadapan lalaun berliku di dalam kempen Piala FA 2020 mereka.

Ini berikuta ketiga-tiga pasukan tersebut telah diundi menentang pasukan-pasukan Liga Super pada kali ini.

Pasukan Sarawak FA yang pernah menjadi juara piala tersebut pada tahun 1992 telah diundi untuk bertemu pasukan Liga Super Selangor FC, manakala ‘adik’ pasukan tersebut, Kuching FA, diundi untuk bertemu pasukan Liga Super Terengganu FC.

Menariknya, pasukan Sarawak FA sebelum ini baharu sahaja menewaskan wakil Terengganu, Real Chukai FC untuk mara ke pusingan kedua, dan kini, mereka akan sekali lagi melayan kunjunagn ‘abang’ pasukan tersebut di tempat sendiri.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan jika perlawanan tempat sendiri Sarawak FA akan dibuat di Stadium Sarawak, ataupun di Lembah Kelang seperti diwar-warkan oleh pihak FAS.

PDalam perkembangan sama, pasukan terbaharu milik FAS, Sarawak United FC pula diundi untuk bertemu pasukan Liga Super Selangor FC.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini dilihat menarik ekoran amaran oleh pemain Sarawak United, Amri Yahyah, yang menyatakan bahawa pasukan yang diwakilinya selepas meninggalkan Selangor FC, adalah pasukan yang tidak dapat ditewaskan oleh Selangor FC.

Ini sekaligus menjadikan pertembungan Selangor FC dan Sarawak United medan untuk Amri membuktikan amaran yang beliau laungkan sebelum beliau menyertai Sarawak United.

Undian penuh pusingan kedua Piala FA 2020 boleh anda lihat dibawah.