Pasukan Selangor FC bakal tersingkir awal di dalam perlawanan Pusingan Kedua Piala FA, jika kata-kata Amri Yahyah diambil serius.

Amri, yang kini bermain dengan pasukan Sarawak United, akan dapat membuktikan bahawa pasukan baharunya “tidak akan mampu Selangor tewaskan” apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi sulung Piala FA kelak.

Ini berikutan undian Piala FA hari ini yang menemukan dua pasukan tersebut di dalam Pusingan Kedua Piala FA, dengan Selangor diletakkan sebagai tuan rumah.

Bukan setakat itu, amaran Amri juga diulangi oleh pemain lagenda itu musim ini dalam satu temubual dengan akhbar Suara Sarawak, dimana beliau didakwa berkata mahu mengalahkan Selangor.

Untuk rekod, Amri merupakan mantan pemain Selangor dengan jumlah jaringan lebih 70 gol pada nama beliau sewaktu bermain dengan pasukan tersebut.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena tahun lepas, Amri didakwa berkata “Saya masih belum berniat untuk bersara, jangan risau. Namun ingin saya ingatkan, pasukan yang bakal saya sertai tidak mampu diatasi Selangor,”.

Selain Sarawak United, dua lagi pasukan di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang akan bermain di Pusingan Kedua Piala FA adalah Kuching FA dan Sarawak FA.