Nur Shamie Iszuan dikhabarkan sudah sah akan ke Negeri Sembilan FA pada musim 2020.

Khabar pergerakan SHamie dibuat oleh laman peminat ROTP dan juga laman Shoot Sampe Bisak.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Pemain sayap berusia 24 tahun itu sebelum ini pernah menabur bakti bersama SPA, sebelum berkhidmat dengan Sarawak FA selama dua musim.

Pada tahun 2018, Shamie telah berhijrah ke PJ Rangers namun kembali menyarung jersi Sarawak FA pada musim 2019 selepas PJ Rangers menarik diri dari Liga Malaysia.

Kontrak bekas pemain kebangsaan itu dikhabarkan menjadi ajen bebas selepas Sarawak FA tersingkir ke Liga M3.

Shamie yang dianggap antara bintang bola sepak terbaik di Sarawak terkenal dengan kebolehannya membuka ruang.

Beliau yang juga hebat mengelecek bola juga digeruni kerana berupaya membaca gerakan lawan dengan baik.

Kepada Syamie, selamat berjuang dengan pasukan baharu anda!