Semua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun ini ditunda

Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengambil keputusan untuk mnunda semua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada tahun ini.

Tindakan tersebut adalah untuk menjaga semua peserta pertandingan tersebut, khususnya di kala kebanyakan negara masih bergelut memerangi pandemik Covid-19.

“Disebabkan situasi tersebut, FIFA dan AFC membuat keputusan bersama bahawa semua perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala AFC China 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober dan November 2020, akan dijadualkan semula pada 2021,” menurut kenyataan AFC hari ini.

“Dengan usaha untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua peserta, FIFA dan AFC akan terus bekerjasama dan memantau situasi di rantau ini dan mengenalpasti tarikh baharu yang sesuai untuk setiap perlawanan kelayakan.”

“Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu akan diumumkan kemudian.”

Dengan penundaan tersebut, pasukan Harimau Malaya tidak lagi akan beraksi di dalam sebarang pertandingan tahun ini, termasuk perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand.

Ini adalah kerana kesemua perlawanan tersebut tela ditunda ke tahun hadapan.

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Ho kini masih dijadualkan menentang Bahrain dan Kuwait di dalam perlawanan persahabatan buat masa ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top