Pasukan Sarawak FA akan kembali ke Liga Premier pada musim hadapan dengan menggunakan nama Sarawak United.

Perkara tersebut disahkah Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais, dalam satu temubual eksklusif bersama Suara Sarawak.

Dalam laporan Suara Sarawak, Posa dipetik sebagai berkata bahawa FAS akan mengambil alih Selangor United, sekaligus mengesahkan khabar angin sebelum ini yang mana menyatakan bahawa kedua-dua pasukan akan bergabung bagi membolehkan Sarawak FA terus berada di Liga Premier, dan Selangor United menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Posa juga dipetik berkata pengambilalihan Selangor United diambil dengan cara teratur dan sah oleh FAS.

Dalam perkembangan sama, Suara Sarawak juga memetik Posa sebagai berkata Sarawak United akan meletakkan sasaran untuk ke Liga Super pada musim 2021.

Sungguhpun pengesahan pengambilalihan Selangor United oleh FAS sudah dibuat oleh Posa kepada Suara Sarawak, pengumuman pengambilan Selangor United akan dibuat hanya dibuat secara rasmi oleh FAS pada minggu hadapan.

Sarawak FA sebelum ini telah tersingkir ke Liga M3 selepas tewas perlawanan play-off Liga Premier 2020.