Kelab bola sepak Kuching FA hari ini mengumumkan bahawa perlawanan persahabatan mereka menentang pasukan UiTM FC akan diadakan pada 14 February ini.

Perlawanan yang dijualkan pada hari Jumaat, adalah sama dengan hari kekasih, yang lebih dikenali sebagai ‘Valentine’s Day’.

Menurut grafik yang dikongsikan Kuching FA, perlawanan akan diadakan di Stadium UiTM Shah Alam.

Perlawanan tersebut dijadualkan pada jam 8.45PM dan Kuching FA menjemput semua peminat bola sepak hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Sebulan lepas, Kuching FA telah mewarwarkan bahawa mereka akan menentang beberapa pasukan lain di dalam siri pra-musim mereka di Semenanjung Malaysia.

Anda boleh membaca berkenaan berita tersebut di sini.