11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Disebabkan berlaku sedikit kekeliruan berhubung isu perpindahan pemain Sarawak, pihak kami telah cuba mendapatkan sedikit pencerahan dari sumber yang kami percayai tahu menahu berkenaan isu kontrak pemain Sarawak.

Menurut sumber tersebut, sememangnya tidak ada pemain Sarawak yang sudah dilepaskan kerana hampir semua pemain memiliki kontrak bersama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sehingga November 2014.

SHOPEE

Sungguhpun demikian, beberapa pemain yang sudah pasti akan berpindah dan digugurkan sudah memaklumkan atau dimaklumkan berkenaan status mereka oleh pihak FAS, dan ini sekaligus disusuli dengan komen mereka di media sosial.

Tambah sumber tersebut, tidak timbul kesilapan FAS mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status pemain kerana sememangnya semua pemain masih bersama Sarawak sehingga kontrak mereka tamat.

Sumber tersebut turut menyebut bahawa pihak akhbar kadang-kala tersilap lapor dan ini menambah lagi kekeliruan di kalangan peminat.

Kenyataan sumber kami itu sedikit sebanyak memberi sedikit gambaran berkenaan keadaan perpindahan pemain sekarang.

Setakat ini, FAS hanya mengesahkan pemergian S Chanturu dari skuad Sarawak 2015.