11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini menyatakan bahawa peminat tidak harus panik atas kehilangan pemain yang berlaku.

Menurut Abdullah Julaihi yang mewakili FAS, adalah perkara biasa untuk pemain berhijrah, dan FAS ada strategi yang kukuh untuk memastikan Sarawak mampu memiliki keputusan yang lebih baik berbanding tahun ini.

SHOPEE

Dalam pada itu, Abdullah berkata semua kesebelasan utama Sarawak, kecuali S Chanturu masih bersama Sarawak buat masa ini, dan pemergian Junior ke Selangor adalah tidak benar kerana belum ada pengesahan berkenaan perkara tersebut.

Tambah Abdulah, Gabor Gyepes, Muamer Salibasic dan Ryan Griffith juga masih bersama skuad Bujang Senang.

Kenyataan FAS adalah amat berbeza dengan berita yang kami terima sebelum ini dari Robert Alberts, sumber-sumber kami dan juga dada akhbar tempatan yang mana menyatakan bahawa Sarawak telah kehilangan Rashid Aya, S Chanturu, Aidil Mohamad, Mohd Lot, Dalgish Papin, Reesyafiq Alwi, Sani Anuar dan Mafry Balang. Sebelum ini juga, Junior sendiri telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau sah meninggalkan Sarawak untuk pergi ke pasukan lain.

Mana satu yang betul, kami pun dah mula keliru.

Sumber: Borneo Post/Bernama