11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Susulan ketidakpastian berkenaan status beberapa pemain Sarawak bagi musim ini, pihak SarawakCrocs.com telah berusaha mendapatkan kebenaran berkenaan status pemain itu sendiri, dari mulut pemain tersebut sendiri.

Dalam pada itu, penjaga gol kelahiran Sarawak, Aidil Mohamad telah mengesahkan bahawa beliau akan bersama skuad Bujang Senang untuk semusim lagi, sekaligus menafikan semua dakwaan berkenaan pengguguran beliau seperti yang diurakan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.

SHOPEE

Menurut Aidil, hanya rakan karib beliau yang tahu akan status beliau di dalam pasukan Sarawak, dan beliau tidak menyalahkan sesiapa atas khabar angin yang menyatakan beliau akan dipinggirkan kerana beliau sendiri jarang membuat sebarang pengumuman rasmi. Tambah Aidil, “yang pasti kini, saya masih akan bersama Sarawak pada musim 2015”.

Aidil yang merupakan penjaga gol penting ketika Sarawak bermain dibawah naungan Haji Zaki, kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama Sarawak pada musim 2013 dan 2014.

Sungguhpun demikian, beliau yang diberi kepercayaan untuk bermain pada perlawanan terakhir Sarawak pada musim ini, jelas perlu diberi perhatian apabila berjaya mengekang serangan bertali arus pasukan Terengganu.