Awal kami bagitahu, ini bukan dari mulut kami tetapi dari dari sebuah laman Facebook yang bernama La Bola Malaya.
Laman tersebut mengkhabarkan bahawa pasukan Selangor United mungkin akan menarik diri dari Liga Premier sekaligus menyaksikan satu lagi bukaan di liga bola sepak kedua tertinggi Malaysia itu.
Kekangan kewangan menjadi dalang kepada penarikan diri Selangor United, dakwa La BOLA Malaya.
Menurut laman Facebook tersebut, jika keadaan sedemikian berlaku (Selangor United menarik diri), Sarawak FA yang telah sah ke Liga M3 musim hadapan mungkin akan tersenarai kembali ke Liga Premier.
Khabar tersebut anda boleh lihat dibawah.
Adakah khabar dan dakwaan ini mempunyai kebenaran?
Kami pun belum tahu, tetapi jika diperhatikan Sarawak FA adalah pasukan yang paling senang ‘ditarik masuk’ ke Liga Premier kerana sudahpun lulus lesen kelab bola sepak yang disyaratkan disamping dilihat mempunyai keupayaan kewangan yang diperlukan untuk Liga Premier.
Selangor United adalah salah sebuah pasukan di dalam Liga Premier Malaysia pada musim ini.
Pasukan tersebut menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-9 dan bercadang untuk kembali menggunakan Sabak Bernam sebagai venue ‘home’ untuk musim 2020.