SarawakCrocs.com belum lagi menjadi laman web berkaitan bola sepak Selangor, jangan risau.

Kami masih bias terhadap perkembangan bola sepak Sarawak, dan masih akan memberi lebih inti berkenaan bola sepak Sarawak (termasuklah Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dsbnya).  Buat masa ini, maklumat dari tempat lain kurang, jadi kenalah ke tempat lain mencari berita untuk dikongsi.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Tambahan pula, perkembangan bola sepak berhubung Sarawak FA yang agak negatif, jadi ada baiknya kita ‘update’ berkenaan pasukan lain juga.

Selangor FA hari ini telah mengumumkan Brendan Gan sebagai pemain terbaharu mereka.

Dengan tagline ‘It has BGAN!’ satu video khas menampilkan Brendan Gan dimuat naik ke laman sosial Selangor, khusus untuk anda lihat dibawah.

Nama Brendan Gan sememangnya menjadi sebutan ramai peminat bola sepak Malaysia.  Beliau bukan sahaja membantu Perak mengangkat Piala Malaysia pada musim lalu, tetapi juga beraksi cemerlang beliau ketika perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, pasukan pilihan beliau untuk musim 2020 sememangnya menjadi tanda tanya ramai, dan ianya kini sudah terjawab.

Bacalah kenyataan penuh Selangor FA dibawah berkenaan pengenalan Brendan Gan.

It has BGAN!

Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh semua penyokong Selangor telah tiba apabila Brendan Gan kini sah sebagai pemain Selangor FA.

Pemain tengah pasukan Harimau Malaya itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Selangor bagi musim hadapan sekaligus bakal menguatkan lagi enjin tengah pasukan Red Giants.

Ternyata ini merupakan berita yang menggembirakan penyokong pasukan Selangor kerana Brendan mempunyai kualiti yang tinggi sepertimana yang beliau pamerkan bersama pasukan kebangsaan.

Untuk pengetahuan semua, Brendan Gan merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia di mana beliau memulakan karier bola sepak beliau pada tahun 2008 bersama pasukan Australia iaitu Sutherland Sharks.

Brendan atau nama penuhnya Brendan Gan Seng Ling kemudiannya berpindah ke beberapa pasukan lain di Australia sebelum mula bermain di Malaysia bersama pasukan Sabah FA pada tahun 2012.

Beliau kemudian kembali bersama pasukan Australia iaitu Rockdale City Suns pada musim berikutnya tetapi tidak kekal lama apabila beliau dirisik oleh pasukan dari pantai timur iaitu Kelantan pada tahun 2014.

Bersama Kelantan, Brendan mengalami kecederaan ACL di mana ianya memaksa beliau untuk bercuti seketika daripada bermain bola sepak.

Brendan yang kali pertama mengalami kecederaan tersebut tidak berputus asa dan berjaya untuk kembali bermain selepas berehat panjang.

Namun kecederaan tersebut sekali lagi menghantui beliau selepas sembilan bulan beliau bermain kali ini sewaktu beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Tetapi Brendan sekali lagi mempamerkan semangat jitu yang tinggi untuk kembali beraksi dan berjaya membantu pasukan Perak menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu selepas menewaskan Terengganu melalui sepakan penalti.

Bersama pasukan kebangsaan pula, usah diceritakan lagi kerana satu Malaysia sudah menyaksikan begitu berkualitinya permainan yang dipamerkan oleh beliau.

Terutamanya sewaktu aksi beliau menentang pasukan Thailand awal November lalu di mana Brendan berjaya mencatat satu gol dan juga satu bantuan gol.

Kini Brendan Gan sudah rasmi bergelar pemain Red Giants dan kami dari pihak FA Selangor mengucapkan selamat datang dan berharap Brendan akan memberikan yang terbaik bersama pasukan merah kuning ini.

Welcome to the Red Giants Famliy Brendan Gan!