Kelmarin, heboh diperkatakan bahawa Selangor United akan menarik diri dari Liga Premier, sekaligus memberikan slot Liga Premier kepada Sarawak secara automatik.

Hari ini, laman web FoxSports mendakwa sumber mereka memaklumkan bahawa Selangor United tidak akan menarik diri, tetapi akan bergabung dengan Sarawak FA!

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Berita menggemparkan ini menurut FoxSport bakal menyaksikan kedua-dua pasukan mengambil untung dengan Sarawak dapat kekal di Liga Premier, dan Selangor United pula menjimatkan kos dengan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengambil alih Selangor United sepenuhnya.

FoxSport memetik sumber mereka mendakwa cadaangan penggabungan kedua-dua pasukan datang dari ‘orang kuat’ bolasepak namun semua ini hanya diperingkat cadangan dan belum dimuktamadkan.

Artikel Foxsport itu juga mendakwa FAS merasakan bahawa Sarawak FA ‘terlalu besar’ untuk bermain di Liga M3, dan bermain di liga bawahan mencalarkan imej mereka.

Selangor United pula dikhabarkan menghadapi masalah kewangan.

Untuk musim 2020, Sarawak FA telah tersingkir ke Liga M3 selepas tewas kepada pasukan Kuching FA pada perlawanan play-off Liga Premier 2020.

Selangor United pula layak ke Liga Premier pada tahun 2019 selepas muncul juara Liga FAM pada musim 2018.