Sarawak United FC bakal menurunkan pasukan terkuat mereka apbila bertemu UKM FC malam ini di dalam perlawanan Liga Premier 2020.

Menurut pengurus Sarawak United FC, Afiq Fikri Brahim, semua pemain bebas dari kecederaan, dan penggantungan, dan ini akan membolehkan ketua jurulatih Sarawak United menyenaraikan barisan terkuat apabila melayan kunjungan UKM FC malam kelak.

“Semua pemain bebas dari sebarang kecederaan mahupun penggantungan dan ia bagaikan kredit untuk E Elavarasan untuk menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik” kata Afiz kepada akhbar Suara Sarawak.

Biarpun berkemampuan menurunkan barisan terkuat, Afiq tidak mahu pemain pasukannya leka dan mengambil mudah tugas di atas padang.

Menurutnya, jika ini berlaku, musibah boleh berlaku.

“Menang misi kami memastikan kemenangan atau sekurang – kurannya mahu beroleh sebarang mata. Ingin saya ingatkan kepada pemain jangan terlalu yakin walaupun bermain di gelanggang sendiri” kata Afiq lagi.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika kita tampil sambel lewa.

Sarawak United kini di tangga ke-sembilan Liga Premier manakala UKM FC hanya setapak di bawah pasukan tersbeut di tangga ke-10.