Kebuntuan pasukan B-19 tahun Sarawak yang dibimbing Pengiran Bala terus berterusan apabila dibelasah 3-0 oleh pasukan B-19 tahun Selangor di Padang SUK Latihan Selangor FA Shah Alam hari ini.
Gol-gol Selangor dijaringkan oleh M Tamil Maran and Muhammad Irfan Bakhtiar pada babak pertama, sebelum Tamil meledakkan gol ketiga pada separuh masa kedua.
Kekalahan ini menyaksikan pasukan bawah-19 tahun Sarawak menghuni tangga kedua terbawah di dalam Kumpulan A selepas empat perlawanan.
Keputusan penuh semua perlawanan Piala Belia adalah seperti di bawah:
KUMPULAN A
SELANGOR 3-0 SARAWAK
N SEMBILAN 0-2 PERAK
PAHANG 9-0 PERLIS
SABAH 0-1 KEDAH
P PINANG 1-0 SSMP (B-17)
KUMPULAN B
TERENGGANU 0-0 MELAKA
SSMP (B-16) 1-2 FELDA UTD
KELANTAN 4-1 ATM
K LUMPUR 2-1 JDT IV
MISC-MIFA 1-8 SSBJ (B-17)