Ketua Jurulatih Sarawak, Pengiran Bala telah memberi indikasi bahawa beliau mungkin akan melakukan sedikit rombakan kepada barisan yang berjaya menewaskan pasukan Selangor FA tempoh hari di dalam pertandingan Piala Malaysia.
Menurut Bala, tiga pemain beliau masih belum pasti dapat diturunkan, dan mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan terakhir hari ini untuk menentukan samada mereka akan dapat diturunkan.
Pemain yang dimaksudkan oleh Bala adalah pemain import Sahil Suhaimi dan Damerson Bruno, serta ketua pasukan Ronny Harun.
Dalam pada itu, Bala menyatakan jika ketiga-tiga pemain gagal pemeriksaan kecergasan, maka pihaknya akan melakukan sedikit rombakan dan merehatkan ketiga-tiga pemain tersebut.
Dalam pada itu, Jimmy Raymond dijangka akan terus diturunkan selepas anak muda kelahiran Sarawak itu terus menunjukkan aksi cemerlang di dalam dua aksi terdahulunya.