Pemain pertahanan Sarawak, Ronny Harun, 32, bersedia untuk terus menyumbang khidmat kepada skuad Harimau Malaysia sekiranya kudrat beliau masih ditagih pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki seterusnya.

Anak jati Sabah itu yang juga antara tonggak utama skuad kebangsaan pada kempen kali ini, menjelaskan peluang beraksi pada dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Vietnam pada 23 November lalu dan tuan rumah bersama, Myanmar, semalam adalah satu pengalaman berharga yang amat bermakna untuk dirinya.

“Selagi kudrat saya masih diperlukan, saya akan terus menabur bakti untuk skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan terakhir kumpulan B menentang Myanmar, malam tadi.

Dalam pada itu, Ronny yang beraksi di posisi pertahanan tengah, kecewa kerana gagal membantu skuad kebangsaan layak ke separuh akhir setelah kalah 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan itu.

Beliau bagaimanapun memuji rakan sepasukan yang mempamerkan persembahan terbaik sejak skuad kebangsaan memulakan kempen kejohanan pada 20 November lepas. Kekalahan itu menyaksikan Malaysia melengkapkan saingan pusingan awal di belakang juara Kumpulan B, Vietnam dan Myanmar yang muncul naib juara.

“Walaupun kita kalah pada perlawanan ini, saya lihat pemain menunjukkan kesungguhan di atas padang yang beri kerjasama baik…bagi saya, peluang menjaringkan gol pada perlawanan ini ada tetapi tidak disempurnakan dengan baik,” katanya yang meraih 14 penampilan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa. – BERNAMA

MAKLUMAN: Semak pertandingan futsal/bolasepak di sekitar kawasan anda di laman web ini secara percuma!

3 COMMENTS

  1. Sabah sarawak player memang terbaik..

    kalau harapkan player malayacth rizal gazali yg sering naik ke atas tinggalkan posisi dan sarom kalam yang sering buat silap masa lawan kemboja, lawan vietnam dan mynmar ttu bolos lebih dri 2 gol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here