Gendang perang sudah dibunyikan oleh pasukan Bujang Senang apabila Ketua Jurulatih Sarawak, Pengiran Bala dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa beliau akan menurunkan barisan terkuat untuk melayan kunjungan pasukan bergelar ‘The Panthers’ di dalam satu lagi perlawanan Liga Super.
Sememangnya, Bala tidak memiliki pilihan lain, selain untuk memenangi perlawanan ini selepas pasukan bimbingannya jatuh ke zon penyingkiran ekoran kekalahan mengejut kepada Melaka United tempoh hari.
Menurut Bala, misi menentang Pulau Pinang FA adalah misi ‘hidup dan mati’, dengan kekalahan atau keputusan seri hampir pasti memutlakkan pemergian Sarawak FA ke Liga Premier musim hadapan.
Dalam pada itu, Bala dilaporkan mahu pemain beliau berhati-hati dengan Pulau Pinang FA, dan memastikan tiga mata menjadi milik Sarawak FA malam ini.
Sarawak kini berada di tangga ke-11 Liga Super, dan akan bertemu Pulau Pinang FA malam ini pada jam 8:15PM di Stadium Negeri. – sarawakcrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




brapa hrga tiket admin
Rm 15 dpt free sigek tiket pok
betul kah dpt free sigek?
Harga tiket mcm biasa. Tapi mun beli open, dapat beli satu free satu
kalau d kuching sentral mana kaunter nya tek
Lea sport centre
Harap fan setia sarawak pun akan turun sokong mlm ni bagi semangat ngan player kita.kita pun akan support all out..
Buat yg terbaik PB mlm ini mlm serawak…sarawak msti menang
Gud luck coach
Goodluck sarawak….all the best.
Good luck my team
Semoga brjaya sarawak mlm ni
MESTI MENANG WAIMA 1 0
Mgkin ramai dtg mlm ni ekoran kemenangan kt away aritu…
Mesti la All Out dah ko lwn team debah sekali n perlu menang..Sepatutnya semua game ko all out sak sik jd camtok..Nang ada game all out n sik all out..
Ok baik lah
ok baiklh sudah pasti all out..kalau tak akan jadi out ke liga perdana …misi mesti menang…….
selamat berjung semangat maok ada pok agi idup agi ngelaban
OTAI Sudah turun ….yes yes yes bole bah Sarawak encang malam tok….kipidap.
Menasikkk?????
Kembalikan semangat serawak…
Jom ramai2 malam tok ke stadium
Agi idup agi ngalaban.
arap k team sarawak menang mlm tu…ho…ha…
mesti kalah lagi 2_0
awl2 dh brdoa kalah..nie gaya😥😥😥
Good luck bujang senang
Agi idup agi ngelaban..hidup bujang senang.
All the best for Sarawak.
AMethyst Mad all out katanya 😂😂😂
Dayak bah
habis luar stadium ya d tunuk jalan.. hahaha
Teruskan usaha mencari kemenangan… 💪💪💪💪
Saya doa menang cukup !
Penang pun all-out juak mlm tok bkful Sarawak FA jgn hilang focus jgn leka, mun main dgn penoh semangat x mustahil boleh menang #agiidupagingelaban
#sarawaktanahairku