Pemain pertahanan pasukan Viktoria Plzen, Ales Mateju , kini sah menjadi milik Brighton & Hove Albion selepas pemain pertahanan tersebut bersetuju untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris tersebut dengan kontrak selama tiga tahun.

Pemain berusia 21-tahun itu diperolehi oleh Brighton dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Menurut pengurus Brighton, Chris Hughton, Mateju adalah pemain yang sering bermain bolasepak di peringkat tertinggi, namun kini, cabaran bagi beliau adalah untuk memasuki kelompok sebelas pemain utama di Brighton.

Adalah difahamkan pemain dari republik Czech itu adalah pemain ke-lapan yang menyertai Brighton pada musim perpindahan kali ini. – SarawakCrocs.com

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE