SarawakCrocs lancar koleksi barangan rasmi untuk 2017

Selepas kolaborasi berjaya dengan pihak 3ciety.com, SarawakCrocs pada musim ini dengan gembiranya melancarkan koleksi pakaian rasmi 2017.

Memilih untuk menggunakan warna hitam, sambil menerapkan warna-warna SarawakCrocs, yakni merah, hitam dan putih, empat rekaan seperti di bawah telah dicipta khusus bagi peminat. Anda boleh klik pada gambar untuk imej lebih jelas.

Setiap rekaan menggunakan kaedah cetakan terbaharu, dan kain yang digunakan untuk setiap baju adalah diperbuat daripada kain kapas 100% (100% cotton) yang berkualiti tinggi.

Saiz baju adalah seperti yang dilihat di bawah.


Bagi yang berminat mendapatkan rekaan-rekaan ini, anda bolehlah ke laman www.3ciety.com/brands/sarawakcrocs atau ke Kedey SarawakCrocs dan membuat pesanan.

Untuk makluman, semua urusan jual beli, termasuk pembelian, penghantaran, dan sebarang ‘refund’ adalah diuruskan oleh 3ciety, yang merupakan agen rasmi barangan SarawakCrocs.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top