Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kelmarin telah memperkenalkan ruangan korporat khas bernama ‘King of Crocs’ yang merupakan ruangan khas bagi penonton yang memiliki tiket bermusim Platinum, yang berharga RM3,000 semusim.. 

Langkah tersebut dipercayai merupakan yang pertama bagi sesebuah pasukan di Borneo.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Dilengkapi kemudahan siaran Astro, WiFi dan juga makanan, ruangan khas di tingkat kedua Stadium Negeri tersebut memberikan keselesaan terbaik bagi peminat untuk menikmati perlawanan di dalam satu ruangan berhawa dingin.

Di Tingkat Satu Stadium Negeri pula, kemudahan serupa juga turut disediakan bagi pemegang pas bermusim Emas, yang mana setiap pas bermusim berharga RM2,000.

Menurut FAS, kesemua pemegang pas bermusim bagi ruangan korperat tersebut akan turut disediakan tempat letak kereta.

Di bawah ini adalah beberapa gambar ruangan korporat tersebut yang diambil daripada laman FB rasmi FAS.

Selain daripada tiket bermusim korporat emas dan platinum, FAS juga turut menjual pas bermusim bagi zon lain seperti yang anda lihat di sini.

29 COMMENTS

  1. kepada FAS…mohon jangan jadi orang yg pentingkan diri…buat sesuatu demi keselesaan penyokong…jangan sampai penyokong buat kamu jadi kurang selesa.

  2. kepada FAS untuk kesekian kali nya….mohon jangan jadi orang pentingkan diri…buat sesuatu untuk keselesaan penyokong. Jangan sampai penyokong buat kamu jadi kurang selesa.

  3. Mun mok tandas ye sentiasa bersih.upah org jg…sak cdak cleaner jg…bgik2 rezeki bh…tndas bersih.penyokong pun selesa…game pun bgus…bruk umppph..

Comments are closed.