Pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Kuching (Kuching FA) kelmarin telah melancarkan jersi pasukan bagi musim 2017, lengkap dengan satu logo baharu, yang dipercayai merupakan logo pasukan tersebut.

Logo tersebut berbentuk perisai dengan kepala kuching yang kelihatan buas terletak di atasnya. Β Di dalam perisai tersebut, terletak perkataan ‘City of Unity’.

Untuk pertandingan Piala FAM, Kuching FA akan mengenakan dua warna utama sebagai jersi, yakni warna hijau dan warna merah.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Seperti juga pasukan ‘abang’ Kuching FA, jersi yang dikenakan adalah berjenama StarSports.

Pelancaran jersi dan logo tersebut telah dihadiri beberapa ahli politik pasukan, termasuk pengurus pasukan Kuching FA, YB Fazzrudin Abdul Rahman.

 

36 COMMENTS

Comments are closed.