SarawakCrocs bekerjasama dengan 3ciety untuk barangan eksklusif

SarawakCrocs hari ini dengan rasminya mengumumkan kerjasama dengan pengedar pakaian 3ciety bagi membolehkan peminat bolasepak Sarawak dan Malaysia amnya mendapatkan baju rasmi hasil rekaan SarawakCrocs.

Kerjasama bersama 3ciety akan menyaksikan sehingga enam rekaan baju dijual pada satu-satu masa melalui laman web 3ciety.com dimana pihak 3ciety akan bertanggungjawab sepenuhnya di dalam menguruskan segala keperluan yang berkaitan dengan jualan, pencetakan dan penghantaran produk baju rasmi SarawakCrocs kepada pembeli.

Semua baju SarawakCrocs yang dijual adalah dalam kategori ‘terhad’ dimana pihak SarawakCrocs dan 3ciety tidak akan menjual semula rekaan-rekaan yang telah ditamatkan. Rekaan baju akan dijual di dalam satu tempoh terhad sahaja sebelum rekaan baru di keluarkan. Konsep baju rekaan SarawakCrocs adalah lebih kepada bolasepak, Sarawak dan SarawakCrocs sendiri, dengan setiap rekaan jenis ‘potrait’ dicetak dalam saiz A3.

Kerjasama SarawakCrocs dan 3ciety dilihat akan membantu peminat baju ‘indie’ khususnya untuk membeli baju yang unik kerana mereka bukan sahaja boleh membeli baju rekaan SarawakCrocs, tetapi juga baju rekaan jenama dan pereka indie lain di seluruh Asia Tenggara.

3ciety adalah syarikat pengeluar baju yang terkenal di Asia Tenggara dan mereka adalah pengeluar rasmi bagi baju filem OlaBola, Polis Evo, Amanz dan banyak lagi.

Semua baju keluaran 3ciety, termasuk juga rekaan daripada SarawakCrocs yang dijual akan menggunakan kapas baju berkualiti tinggi dengan cetakan kemas. Selain daripada itu, baju juga akan mempunyai tag khas bagi memisahkannya daripada barangan cetak rompak.

Untuk melihat rekaan baju SarawakCrocs dengan lebih dekat, serta membeli baju rekaan SarawakCrocs, sila ke www.3ciety.com.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top