Pasukan bolasepak kebangsaan yang dilatih Ong Kim Swee mengakhiri kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan tuan rumah Arab Saudi awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Mohammed Al Sahlawi dan Taiseer Al Jassim menjadi pemusnah kepada sebarang harapan Malaysia untuk mencuri mata di Jeddah dengan kedua-dua pemain itu masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua sekaligus meranapkan harapan Kim Swee untu memulakan kerjayanya sebagai jurulatih Harimau Malaysia dengan noktah terbaik.

Perlawanan itu menyaksikan Kim Swee memberikan Brendan Gan aksi pertamanya di dalam skuad kebangsaan.

Kekalahan Malaysia kepada Arab Saudi bermaksud Malaysia menghuni tanga ke-empat Kumpulan A, sekaligus menyingkirkan Harimau Malaysia dari Piala Dunia 2018, dan Piala Asia 2019.