Selepas ‘mock design’ jersi pasukan Bujang Senang kami gambarkan kelmarin, ramai yang tertanya berkenaan adakah jersi tersebut merupakan jersi ‘home’.

Sesungguhnya, pihak kami buat masa ini tidak dapat mengesahkan samada jersi yang kami gelarkan sebagai ala jersi Stoke City dan Aresenal itu adalah jersi utama, atau ‘home’ bagi pasukan Sarawak, namun yang kami pasti, ianya adalah salah satu daripada jersi yang akan dikenakan oleh pasukan Bujang Senang musim ini.

Dalam pada itu, hadir persoalan apakah warna jersi lain bagi Sarawak FA bagi musim hadapan dan kami boleh nyatakan bahawa ianya adalah biru.

Menampilkan rekabentuk serupa dengan jersi yang kami bayangkan sebelum ini, jersi biru ini menampilkan warna biru laut gelap dan putih sahaja, dan bagi kami kelihatan lebih menarik berbanding jersi merah putih.

Kami difahamkan bahawa jersi biru ini berkemungkinan akan menjadi jersi home, namun kami tidak dapat sahkan sehingga hari Ahad kelak.

Lea Sports Center bakal melancarkan jersi baharu pasukan Sarawak FA pada Ahad kelak di Mydin Pertra Jaya, dengan harga jersi Sarawak FA dipercayai tidak jauh dari harga versi-versi sudah.

Satu lagi versi yang dipercayai akan membuat kemunculan adalah jersi hitam, yang dikatakan mungkin menjadi jersi ketiga.

9 COMMENTS

  1. Warna kelabu pun boleh…lantak korang lah..ada apa dengan warna tradisi Sarawak,merah hitam …tukar maskot buaya kpd hornbill lagi bagus,sinonim dgn bumi Kenyalang..😀😀✌️

Comments are closed.