Sarawak United perkenalkan jersi musim 2022

Kelab Liga Super Sarawak United hari ini memperkenalkan jersi jenama JOMA yang akan digunakan untuk musim 2022.

Dua jersi diperkenalkan untuk musim ini, yakni berwarna merah dan hitam.  Ianya diperagakan oleh model dalam majlis pelancaran malam ini tadi.

Kedua dua jersi mendapat sentuhan warna putih yang agak ketara dan kelihatan agak seiras.

Jersi warna hitam Sarawak United menampilkan corak geometri pada hampir keseluruhan jersi berkenaan.  Warna putih dan hitam memberikan bentuk geometri tersebut yang kelihatan seperti rombus itu.  Warna hitam kali ini tidak terlalu gelap dan pekatm dan kelihatan mirip kelabu apabila dicampurkan dengan warna putih.

Corak Dayak yang tertiris sebelum ini pula diletakkan di kedua – dua lengan jersi berkenaan dengan warna merah dan kuning menjadi ‘lease’ kepada lengan jersi utama.

Bagi kami, kolar jersi tersebut adalah menarik kerana ianya ‘agak unik’.

Jersi hitam keputihan ini dilengkapkan dengan seluar berwarnam merah.

Anda boleh melihat jersi tersebut di bawah.

Sumber gambar: SUFC

>> BELI JERSI SARAWAK UNITED FC

Bagi jersi tempat lawan, Sarawak United telah memilih jersi berwarna merah untuk musim ini.

Rekaan jersi merah adalah sama dengan jersi hitam dan anda boleh lihat ianya dibawah.

Berbeza dengan rekaan musim lepas, jersi merah musim ini lebih ‘menyala’ dari musim lepas.

Sumber gambar: SUFC

> BELI JERSI SARAWAK UNITED FC

Harga jersi tersebut tidak dimaklumkan setakat ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top