LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

B. Sathianathan kini sah dilantik selaku ketua jurulatih baru Sarawak United bagi menggantikan E. Elavarasan.

Elavarasan telah meletak jawatan di kelab berkenaan selepas terpilih sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Sathianathan dikhabarkan akan mengikit perancangan Elavarasan buat masa ini, namun akan mula mengorak langkah melaksanakan perancangan beliau selepas kempen Piala FA kelab tersebut kelak.

“Dalam masa sesingkat ini, saya hanya ikut dahulu apa yang telah Ela (Elavarasan) telah rancangkan sebelum ini. Mereka sebelum ini telah menghadapi kejohanan di Sabah, jadi saya kena teruskan (perancangan itu).” kata Sathianathan kepada Astro Arena.

“Hanya ada sedikit perubahan tetapi selepas Piala FA, mungkin saya akan diberikan masa untuk melakukan sesuatu.” ujarnya lagi.

Sathianathan bukan nama asing dalam bola sepak Malaysia dan dianggap antara jurulatih paling berkebolehan di Malaysia.