Penjaga gol David de Gea sah meninggalkan Manchester United selepas 12 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.
De Gea sendiri mengumumkan beliau bakal meninggalkan United yang telah menyaksikan beliau bermain sebanyak 545 perlawanan sejak menyertai Red Devils sejak 2011.
Selama bermain dengan United, de Gea telah juga mengekalkan gawang beliau daripada bolos dalam 190 perlawanan.
Pada musim lepas, de Gea juga dinobatkan pemenang sarung tangan emas untuk Liga Perdana Inggeris.
Halatuju David de Gea selepas ini tidak diketahui, namun beliau dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kelab baharu.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys