Kelab Liga Super, Sarawak United, hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu selepas B Sathianatan mengumumkan beliau perlu mengundur diri ekoran kesihatan beliau.
Sarawak United telah membuat keputusan melantik S Balachandran sebagai pengganti Sathianatan berkuat kuasa serta merta.

Kelab tersebut dalam pada itu melahirkan harapan bahawa Balachandran mampu meneruskan kemaraan pasukan Sarawak United dalam liga.



![[PEMINAT] Apa padah kitak #4](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/02/Sarawak-FA-training-003.jpg?fit=500%2C375&ssl=1)
