Sarawak United cadang pindah perlawanan ‘home’ ke Lembah Klang

Kelab bola sepak Liga Premier, Sarawak United, dikhabarkan bercadang memindahkan semua perlawanan di tempat sendiri ke Lembah Klang di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Sarawak United, Posa Majais, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan tersebut dipertimbagkan ekoran situasi Covid-19 Sarawak yang kian teruk.

Posa memberitahu akhbar New Straits Times bahawa pihaknya akan membuat permohonann kepada Malaysia Football League (MFL) untuk kebenaran menukar venue kelab tersebut.

Satu lagi sebab mengapa Sarawak United ingin membuat keputusan sedemikian adalah untuk mengelakkan pasukan pelawat dari menjalani kuarantin wajib 14 hari seperti yang ditetapkan pihak kerajaan Sarawak.

Beliau merasakan bahawa pasukan pelawat tidak akan mahu datang ke Kuching jika perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Kami percaya bahawa pasukan pelawat tidak akan mahu datang jika ada kuarantin wajib. Kerajaan Sarawak tidak akan melonggarkan peraturan 14 – hari kuarantin dalam masa terdekat sebab Sarawak masih lagi dalam zon merah.” kata Posa kepada akhbar New Straits Times.

“Kami akan membuat keputusan dan menghantar satu permohonan kepada MFL dalam masa terdekat.

“Kami perlukan bantuan MFL untuk memilih venue sesuai di Lembah Klang bagi perlawanan yang kami akan jadi tuan rumah”. ujarnya lagi.

Posa walaubagaimanapun mengakui bahawa pihaknya juga akan melihat kepada jadual perlawanan sebelum membuat sebarang keputusan.

Pemain Sarawak United kini kebanyakannya di Semenanjung Malaysia bagi menjalani latihan pra-musim Liga Malaysia secara berpasukan.

Jika benar Sarawak United akan memindahkan venue gelanggang sendiri ke Lembanh Klang, ianya akan pasti menjadi sejarah kerana kelab dari Borneo Malaysia belum pernah melakukan perkara tersebut sebelum ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top