Home Malaysian football Budaya Kuching City komponen paling penting untuk ke Liga Super

Budaya Kuching City komponen paling penting untuk ke Liga Super

Pengarah Kuching City FC, Fazzrudin Abduk Rahman menjelaskan bahawa ‘Budaya Kuching City’ menjadi asas tulang belakang kepada kejayaan kelab tersebut.

Beliau yang berucap ketika majlis pelancaran jersi Kuching City FC 2021 mengesahkan bahawa kelab tersebut mahu ke Liga Super musim hadapan.

Untuk mencapai ini, Fazzrudin meletakkan ‘budaya Kuching City’ sebagai tulang belakang segala perancangan kelab tersebut.

“Pada tahun ini, objektif kita adalah untuk menjejakkan kaki ke Liga Super. Dengan harapan yang begitu tinggi, kita perlukan perancangan yang teliti.” kata Fazzudin.

“Perancangan yang akan memastikan objektif kita tercapai. Sebab itu kita mengambil keputusan membawa yang terbaik untuk Kuching City.

“Kita memilih apa yang terbaik untuk pasukan kita. Definisi terbaik untuk sebuah pasukan adalah seorang yang dapat memberi komitmen yang tinggi, seseorang yang dapat mengikut budaya Kuching City, seorang yang dapat menyumbang kepada kejayaan pasukan Kuching City.” jelasnya lagi.

Menurut Fazzrudin, Budaya Kuching City adalah antara faktor kelab tersebut telah memilih Irfan Bakti serta rakan – rakannya.

Beliau berpendapat gandingan Irfan Bakti adalah sesuai dan terbaik dengan budaya kelab miliknya itu.

Fazzrudin juga menjelaskan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan ‘budaya Kuching City’ dalam ucapannya.

“Budaya Kuching City FC yang meletakkan pasukan dahulu sebelum individu.

“Budaya Kuching City FC yang mementingkan semangat satu pasukan dan bukannya kejayaan seseorang individu, budaya Kuching City FC yang mengamalkan sifat kekeluargaan yang erat.

“Itulah budaya yang kita terapkan dan kita pilih yang terbaik yang dapat memasuki budaya kita dan memberi kesan positif kepada budaya kita.

“Sebab itulah kita memutuskan untuk memilih Irfan bakti bersama rakan – rakan beliau untuk mengemudi Kuching City ke tahap lebih tinggi lagi.” ujarnya lagi.

KJika dilihat kejayaan yang dikecapi Kuching City setakat ini, ianya boleh dianggap sebagai antara kelab bola sepak paling berjaya di Malaysia.

Pada usia kurang enam tahun, kelab kerdil ini telah berjaya menjuarai Liga Bolasepak Rakyat, muncul naib juara Liga M3, dan melayakkan diri ke Liga Premier dan Piala Malaysia.

RECOMENDED LINKS: