Sarawak United bebas dari kecederaan

Pasukan Sarawak United kini bebas dari sebarang kecederaan dengan pemain dilaporkan semua di dalam keadaan terbaik untuk melayan kunjungan pasukan UKM FC Jumaat ini kelak.

Pengurus pasukan tersebut, Afiq Fikkri Brahim memberitahu Suara Sarawak bahawa pasukan tersebut perlu memanfaatkan perlawanan menentang UKM FC kelak yang dijadualkan pada 4 September.

Beliau juga malahirkan keyakinan bahawa pasukan Sarawak United akan mampu mencipta sesuatu jika berdasarkan prestasi minggu lepas.

“Kita harus memanfaatkan peluang terhidang menerusi perlawanan malam esok” kata Afiq kepada Suara Sarawak.

“Saya yakin pemain dapat merealisasikan misi tersebut jika mengambil kira prestasi mereka ketika mencatat keputusan seri ketika menentang Perak 2 di gelanggang lawan hujung minggu lalu” tambahnya lagi.

Sarawak United kini di kedudukan ke-sembilan Liga Premier dengan lima mata hasil dari lima perlawanan.

Pasukan tersbeut boleh naik sejauh tangga ke-tujuh jika berjaya menewaskan pasukan universiti itu.

Dalam perkembangan sama, satu lagi pasukan dari Kuching, Kuching City FC, masih lagi mencari kemenangan pertama mereka dan kini di kedudukan tercorot Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top