Keputusan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan bahawa persatuan itu akan dikemudi 100% anak muda Sarawak pada musim hadapan sememangnya amat memeranjatkan, dengan pelbagai pihak melahirkan keputusan terkejut apabila keputusan tersebut diumumkan.

Sungguhpun demikian, hari ini, kami merasa sedikit kesal apabila terlihat satu komen di laman sosial berkenaan pelepasan pemain bukan anak jati Sarawak.

Apabila kami melihat komen di bawah yang datang dari salah seorang pemain Sarawak FA yang digugurkan, kami sememangnya agak terkilan jika benar pemain tersebut telah dimaklumkan secara ‘last minute’ berkenaan pengguguran beliau dari pasukan, kerana pada hemah kami, pemain haruslah dimaklumkan awal, dan ianya seharusnya dimaklumkan secara peribadi.

Status pemain
Status pemain

Kami akui bahawa istilah ‘last minute’ yang digunapakai boleh ditafsirkan secara pelbagai, dan kami juga akui tidak mengetahui maklumat berkenaan tarikh kontrak pemain tersebut ditamatkan, mahupun tarikh beliau dimaklumkan bahawa khidmat beliau tidak lagi diperlukan.

Dalam pada itu, adalah menjadi harapan kami bahawa semua pemain yang dilepaskan telah dimaklumkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kontrak beliau berakhir kerana pemberitahuan bahawa mereka tidak lagi diperlukan di Sarawak FA yang kurang dari sebulan (30 hari) sememangnya boleh dianggap ‘last minute’.

Apapun, kami harap semua pemain yang dilepaskan akan berjaya di dalam pasukan baharu mereka, dan berterima kasih ke atas sumbangan mereka kepada pasukan Sarawak.

Comments

29 COMMENTS

  1. Bukan last minute bos…Sepatutnya player dah tauk bilamana dlm masa 6 bln dr tarikh akhir sik ada offer dr team..Tp liga M selalu 2-3 bln sebelum tarikh akhir kontrak pemain professional harus sedar yg kontraknya akan disambung atau sik..Ya terpulang padanya utk menamatkan kontrak nya empun atau nunggu agik utk gaji last selepas liga berakhir..Oleh kerana sebelum tok pemain terlalu selesa bila team teruk pun disambung kontrak lalu daknya sik kisah gilak hal kontrak krn rasa daknya confirm disambung..Tok lah kelemahan bila time kelab ada problem semua diam n bila pemain ada problem alu semua nyalah kelab..Apa pun terima kasih kpd pemain yg telah bermain utk Sarawak selama tok..

    • Mun kontrak nya abis 2019, Sarawak kenak mayar balance 2 thn utk nebus kontrak..Bagus nandah nya main drpd mayar pampasan..Kontrak hanya blh ditamatkan atas persetujuan kedua2 belah pihak atau penamatan bekaitan long injuries,salah laku n nok lain ada dlm klausa undang2 Fam..Sik blh tamat camya ajak..Tp mun nok expired,player patut nanyak awal n bkn persetujuan mulut tp bersain..Mungkin peminat sik faham ttg kontrak..Tp sik dpt nyalah peminat krn sik perlu daknya nok belajar benda kontrak2 tok..😁

  2. Mahwa ku…… biarlah cdak nya mpun (FAS) atur….. turun nait team cdak tanggung…. penyokong pun xda makna bagi cdak nya…..

    #tanpapenyokongstadiumsunyisepi

  3. budaya masih anak jati…. 1je harapan saya…. bubarkan fas… lepas tu buat club….. biar la sarawak di miliki org yg ada duit.. mcm jdt.. sampai bila harapkan penaja….. betul kata bos shah alam antlers.. marketing tu kena penting… apa gua kalau penaja ada bagi 10juta kalau habis setahun…..

  4. Mun kontrak nya abis 2019, Sarawak kenak mayar balance 2 thn utk nebus kontrak..Bagus nandah nya main drpd mayar pampasan..Kontrak hanya blh ditamatkan atas persetujuan kedua2 belah pihak atau penamatan bekaitan long injuries,salah laku n nok lain ada dlm klausa undang2 Fam..Sik blh tamat camya ajak..Tp mun nok expired,player patut nanyak awal n bkn persetujuan mulut tp bersain..Mungkin peminat sik faham ttg kontrak..Tp sik dpt nyalah peminat krn sik perlu daknya nok belajar benda kontrak2 tok..😁

Comments are closed.