Ketu ajurulatih Sarawak United, E. Elavarasen melahirkan rasa redha beliau apabila pasukan bimbingannya berjaya memungut satu mata hasil daripada perlawanan menentang Perak 2 Sabtu lalu.

Elavarasen yang ditemui pemberita selepas perlawaban mengakui bahawa perlawanan menentang Perak 2 sememangnya seimbang dan pasukan beliau harus menerima keputusan ini.

Jurulatih berpengalaman itu juga mahu fokus kepada perlawanan akan datang dan mahukan pasukan beliau bekerja lebih keras apbila menentang UKM FC kelak.

“Perlawanan adalah 50 – 50, dan kita pun dalam situasi kena kejar gol. Kita kena menerima keputusan ini. Yang penting dari perlawanan ini kita harus positif kearah perlawanan akan datang.” kata Elavaraans kepada pemberita.

“Macam apa yang berlaku hari ini kita kena bekerja keras. Walau apapun, sekurang – kurangnya kita sudah mendapat satu mata penting untuk kita.” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Perak 2, Abu Bakar Fazmi berkata beliau sangat berpuas hati dengan semangat and peningkatan pemain mudanya.

Abu Bakar mengakui beliau telah menurunkan tiga hingga empat pemain muda pada babak awal, dan beliau juga memasukkan beberapa lagi pada babak kedua.

“Kita dapat melihat satu peningkatan pemain dan kita dihukum dalam ‘set pieces’. Kita tidak menutup ruang apabila menentang pemain berpengalaman dan ini merbahaya. Walaupun demikian, saya amat kagum dengan pemain – pemain muda saya yang berumur 21 tahun kebawah yang saya letak dalam kesebelasan utama hari ini.” kata Abu Bakar kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

“Saya telah meletek tiga hingga empat pemain muda pada awal permainan dan pada babak kedua mereka telah diberi peluang lagi. Malah seorang daripada pemain pertahanan kita (Panjang), baru dibawa masuk sehari sahaja sebelum perlawann bermula dan dia berjaya menjalankan tugas dengan baik.

“Jadi bagi saya, inilah rumusan bagi pasukan Perak 2 yang mana terdiri daripada pemain – pemain bawah 23 tahun.

“Saya harap kita boleh mengekalan momentum ini pada perlawanan akan datang” kata ABu Bakar lagi.

Kedua – dua Sarawa United dan Perak 2 telah terikat 2 – 2 di Stadium Manjung Sabtu lalu yang mana menyaksikan Perak 2 kini di kedudukan ke-11 Liga Premier, dan Sarawak United pula di kedudukan ke-9. – www.sarawakcrocs.com