Home Malaysian football MU sasar kekal di Liga Super untuk musim 2017

MU sasar kekal di Liga Super untuk musim 2017

Ketua jurulatih Melaka United (MU) yang baharu, Eric Williams menyatakan bahawa sebagai pasukan yang baharu ke Liga Super pada musim 2017, beliau lebih senang dengan sasaran menstabilkan pasukan dahulu.

Beliau yang berkata demikian ketika sesi temuramah pada sesi latihan pertama pasukan MU.

Eric turut mengakui bahawa wujud tekanan di dalam kerjanya, namun menambah bahawa ianya adalah sesuatu yang biasa bagi seorang jurulatih sepertinya. Beliau turut menyamakan keadaan kini dengan ketika bersama pasukan Yangon United, yang mana turut mempunyai tekanan untuk sentiasa memenangi sesuatu perlawanan ataupun piala.

Sungguhpun faham akan harapan peminat yang dahagakan kejayaan, Eric mahu peminat MU realistik dan tidak mengharapkan kejayaan datang segera terutama apabila pasukan bimbingannya baru sahaja layak ke Liga Super pada musim hadapan.

MU adalah antara pasukan terawal di Liga Super 2017 yang mempersiapkan diri untuk saingan musim hadapan dengan pengumuman banyak pemain baru dibuat pada bulan ini sahaja.

RECOMENDED LINKS:


4 COMMENTS

Comments are closed.