Sarawak United bakal menampilkan logo baharu untuk musim 2021?

Dengan Liga Malaysia dijadualkan bermula pada bulan Februari kelak, hadir khabar bahawa kelab bola sepak Sarawak United akan mengubah logo mereka sekali lagi.

Logo kelab tersebut telah berubah dari logo Selangor United kepada logo kini apabila kelab tersebut dibeli oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pada tahun 2018.

Adalah dikhabarkan perubahan logo tersebut adalah dibuat bagi menggambarkan perubahan dalaman yang berlaku dalam kelab tersebut, termasuk juga pengetepian logo kini yang terlalu sama dengan logo FAS.

Walaubagaimanapun, khabar perubahan logo Sarawak United ini hanyalah khabar liar buat masa ini dengan sumber – sumber kami enggan memberi sebarang info samada ianya sahih.

Apapun, jika benar Sarawak United akan menukar logonya, adalah diharapkan logo baharu itu akan lebih bersifat minimalis, dan tidak lagi terlalu terikat dengan lambang FAS.

Lebih baik lagi, logo tersebut seharusnya menekankan elemen – elemen kelab tersebut yang seterusnya menjadi identiti rasmi kelab tersebut dari sudut pemasaran dan penjenamaan.

Antara logo kelab yang boleh dicontohi adalah logo Kuching City FC, Sabah FC dan Kinabalu Jaguar FC.

Juga menjadi harapan kami adalah logo tersebut akan digunakan pada jersi baharu kelak, dan diharapkan kesilapan mencetak jersi dengan lambang lama tidak lagi berulang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top