Pasukan Sarawak United B (SUB) didakwa akan mendapat khidmat jurulatih dari Ghana.

Mengikut laporan Suara Sarawak, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais telah menyatakan bahawa SUB telah mendapat persetujuan dengan seorang jurulatih dari Ghana.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Sungguhpun demikian, tarikh jurulatih baharu tersebut akan hadir belum dapat di pastikan dakwa akhbar tersebut.

Dalam perkembangan sama, Posa juga dipetik oleh akhbar sama sebagai berkata bahawa SUB akan menguji dua pemain import dari Ghana yang bermain di posisi tengah dan serangan.

Mengikut maklumat yang dikhabarkan oleh Suara Sarawak, salah seorang daripada pemain tersebut merupakan pemain kebangsaan Ghana, dan beliau baharu berusia 20 tahun.

Dalam perkembangan sama, laporan sama juga mendakwa bahawa Posa mahu menebus kesilapan lama dan sesi pemilihan pemain dilaksanakan dengan ketat.

SUB merupakan pasukan Sarawak FA yang dijenama semula oleh FAS.

Pasukan ini telah tersingkir ke Liga M3 apabila tewas play-off Liga Premier kepada Kuching FA pada akhir musim lepas.