Selepas penswataan pasukan bola sepak di Malaysia, hadir persoalan berkenaan siapakah sebenarnya pemilik dua kelab bola sepak yang bertapak di Sarawak, yakni Sarawak United FC, dan Kuching City FC.

Berdasarkan maklumat laman VocketFC, kelab Sarawak United dimiliki syarikat Sarawak United Football Club Sdn. Bhd, yang merupakan anak syarikat di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dato Posa Majais
Posa Majais

Pengarah syarikat Sarawak United Football Club Sdn. Bhd pula ada Posa Majais, yang juga merupakan pengarah tunggal kepada syarikat tersebut.

Pada pemahaman kami, ini bermakna, kelab tersebut adalah dikawal oleh FAS, dengan pengarahnya boleh berubah sekiranya FAS berpendapat demikian.

Liabiliti pemilikan Sarawak United dalam pada itu ditanggung sepenuhnya oleh FAS, dan ini juga boleh menyaksikan FAS mempunyai kata putus lebih banyak di dalam pengurusan kelab tersebut.

Dalam perkembangan sama, Kuching City FC pula dimiliki oleh syarikat Kuching City FC Sdn. Bhd.

Pemilik syarikat tersebut adalah Fazzrudin bin Abdul Rahman, dan Kamaludin Bin Akil, dengan lembaga pengarahnya terdiri daripada kedua – dua Fazzrudin dan Kamaludin, serta Iswandi bin Ali Hassan, dan Zainal Abidin bin Haji Jali.

Fazzrudin Abdul Rahman

Nama Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (PBBK) tidak ada dalam senarai pemilikan Kuching City, sekaligus memberi gambaran bahawa ianya adalah entiti yang berbeza dengan persatuan tersebut.

Dalam erti kata lain, PBBK tidak ada sebarang kuasa ke atas perjalanan kelab tersebut.

Ini juga secara langsung memberi gambaran bahawa kelab tersebut adalah terpisah dari persatuan, dan kelab tersebut merupakan aset dan liabiliti kepada kedua – dua pemiliknya, Fazzrudin dan Kamaludin.

Daripada maklumat pemilik kelab boleh dilihat bahawa hadir perbezaan antara model pengurusan kedua – dua kelab bola sepak tersebut.

Sarawak United dikawal oleh sebuah persatuan, manakala Kuching City dikawal oleh dua orang individu.

Model pengurusan mana yang lebih baik belum dapat ditentukan, namun ianya sememangnya akan menjadi menarik melihat pasukan mana akan diuruskan dengan lebih baik selepas ini.

Apapun, maklumat tersebut telah dikeluarkan pada Oktober 2020, dan ianya sememangnya tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Jika anda mahukan senarai pemilik kelab – kelab bola sepak profesional di Malaysia, senarai dibawah boleh diperhatikan.

Kelab: JDT
Nama syarikat: Johor Darul Ta’zim Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Persatuan Bola Sepak Johor & Yayasan JDT.
Pengarah: Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Mohamad Saifuddin bin Bujang Mohiden

Kelab: Darulaman FC
Nama syarikat: Darulaman FC Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Kedah
Pengarah: Khamal Idris bin Ali, Zulkifli bin Che Haron

Kelab: Penang FC
Nama syarikat: Penang FC Sdn. Bhd.
Pemilik: YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah, Dastagir Bin V. K. Mohd Yassin
Pengarah: YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah, Dastagir Bin V. K. Mohd Yassin

Kelab: The Bos Gaurus FC/Perak FC
Nama syarikat: The Bos Gaurus FC Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Perak
Pengarah: Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah, Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, YAB Dato; Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Kelab: Selangor FC
Nama syarikat: Red Giant Sdn. Bhd.
Pemilik: DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Pengarah: DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kelab: Kuala Lumpur United Football Club
Nama syarikat: Kuala Lumpur United Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur
Pengarah: Datuk Astamam bin Abdul Aziz, Khalid bin Abd Samad, Syed Yazid bin Syed Omar, Azli bin Yusof

Kelab: Negeri Sembilan Football Club
Nama syarikat: Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
Pengarah: Satwant Singh A/L Bhagwant Singh, Bachik bin Osman, Saaran A/L Nadarajah

Kelab: Melaka United Football Club
Nama syarikat: Melaka United Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Melaka
Pengarah: Abd Kadir bin Md Adris

Kelab: Sri Pahang Football Club
Nama syarikat: Sri Pahang Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Mustafi Billah, Raja Dato’ Shaharudin bin Raja Jalil Shah, Rizal bin Che Hashim
Pengarah: Raja Dato’ Shaharudin bin Raja Jalil Shah, Rizal bin Che Hashim

Kelab: Terengganu Football Club
Nama syarikat: Terengganu Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Terengganu
Pengarah: Ibni Amin bin Busu, Marzuki bin Sulong, Datuk Tengku Farouk Hussin bin Tengku Abdul Jalil

Kelab: Kelantan FC
Nama syarikat: The Red Warriors Sdn. Bhd.
Pemilik: Norizam bin Tukiman
Pengarah: Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah, Afandi bin Hamzah, Husin bin Deraman, Norizam Tukiman.

Kelab: Sarawak United Football Club
Nama syarikat: Sarawak United Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Sarawak
Pengarah: Dato’ Posa Majais

Kelab: Sabah Football Club
Nama syarikat: Sabah Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Persatuan Bola Sepak Sabah
Pengarah: Andrew Weddy Majanggim

Kelab: Armed Forces Football Club
Nama syarikat: Armed Forces Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: TRANSWATER API Sdn. Bhd., ATM FA
Pengarah: Tan U-Jiun, Mejar Kamarulzaman bin Mat Daud, Kapten Mohd Nasir bin Jafri, Mohd Noorazam bin Abd. Razak

Kelab: The Cops FC
Nama syarikat: The Cops FC Sdn. Bhd.
Pemilik: Dato’ Abdul Majid bin Mohd Ali
Pengarah: Dato’ Abdul Majid bin Mohd Ali

Kelab: PJ City FC
Nama syarikat: PJ City FC Sdn. Bhd.
Pemilik: QNET
Pengarah: Chandragesan A/L Suppian, Naresh A/L Balasubramaniam

Kelab: FUFC The Fighters
Nama syarikat: FUFC The Fighters Sdn. Bhd.
Pemilik: Ahmad Saari bin Abd Samat, Zulkarnain bin Muhammad
Pengarah: Ahmad Saari bin Abd Samat, Zulkarnain bin Muhammad

Kelab: Kelantan United FC
Nama syarikat: Kelantan United FC Sdn. Bhd.
Pemilik: Zuraidin bin Abdullah, Che Abdullah bin Mat Nawi
Pengarah: Zuraidin bin Abdullah, Che Abdullah bin Mat Nawi

Kelab: Kuching City FC
Nama syarikat: Kuching City FC Sdn. Bhd.
Pemilik: Fazzrudin bin Abdul Rahman, Kamaludin Bin Akil
Pengarah: Fazzrudin bin Abdul Rahman, Kamaludin Bin Akil, Iswandi bin Ali Hassan, Zainal Abidin bin Haji Jali

Kelab: UITM Football Club
Nama syarikat: UITM Football Club Sdn. Bhd.
Pemilik: Kelab Sukan Bolasepak Universiti I Teknologi Mara
Pengarah: YM Prof. Madya Dr. Raja Mohamed Firhad bin Raja Azidin, Pro. Dr. Azizan bin Abdullah, Dr. Mohd Bahrin bin Othman, Norasmadi in Abdul Manaf

Kelab: UKM FC
Nama syarikat: Varsiti Boys Sdn. Bhd.
Pemilik: Sulaiman bin Hussin
Pengarah: Sulaiman bin Hussin, Mohd Fairus bin Shafie, Tony Azman bin Hassan, Suhaimi bin Suliman