Sarawak United A? Sarawak United FC? Sarawak FA? Mana satu?

Seperti yang kita sedia maklum, nama pasukan yang menggunakan nama ‘Sarawak’ musim ini cukup mengelirukan.

Ini ditambah dengan keputusan pihak Sarawak United dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang mahu bersikap mendiamkan diri pada musim ini.

Oleh itu, nama panggilan pasukan yang kami gunakan adalah mengikut nama rasmi yang digunapakai MFL atau disebut oleh Presiden FAS.

Ini berikutan ketiadaan makluman khusus berkenaan status nama yang betul dikeluarkan dan bagi mengelakkan kekeliruan apabila berita dikeluarkan.

Jadi, untuk makluman semua, sehingga ada pengumuman rasmi, setiap pasukan Sarawak United disebut seperti di bawah di dalam berita kami:

Pasukan Liga Premier:

Sarawak United A (SUA) – Disebut sebagai Sarawak United A oleh Presiden FAS dalam satu artikel selepas mesyuarat exco – Kami akan hanya mula menggelar pasukan ini Sarawak United FC apabila hadir pengumuman rasmi berkenaan semua nama pasukan di bawah Sarawak United kelak. Buat masa ini, kami menggunakan SUA dan Sarawak United sahaja untuk memendekkan sebutan nama semasa menulis artikel (Seperti Johor Darul Ta’zim disebut JDT sahaja).

Pasukan Liga M3:

Sarawak FA – Nama rasmi Sarawak FA telah diumumkan oleh pihak Amateur Football League (AFL) ketika memperkenalkan pasukan liga berkenaan. Walaubagaimanapun, kehadiran laman-laman rasmi Sarawak United II yang mengemaskini berkenaan pasukan tersebut memberi bayangan bahawa pihak bertanggungjawab mahu pasukan dikenali dengan nama Sarawak United II. Kami walaubagaimanapun akan menggunakan nama rasmi sehingga ianya ditukar oleh pihak AFL

Pasukan Piala Presiden:

Sarawak United C (SUC) – Disebut sebagai Sarawak United C oleh Presiden FAS dalam satu artikel selepas mesyuarat exco – Kami akan hanya mula menggelar pasukan ini dengan nama lain apabila hadir pengumuman rasmi berkenaan semua nama pasukan di bawah Sarawak United FC kelak. Buat masa ini, kami menggunakan SUC sahaja.

Pasukan Piala Belia:

Sarawak United D (SUD) – Disebut sebagai Sarawak United D oleh Presiden FAS dalam satu artikel selepas mesyuarat exco – Kami akan hanya mula menggelar pasukan ini dengan nama lain apabila hadir pengumuman rasmi berkenaan semua nama pasukan di bawah Sarawak United FC kelak. Buat masa ini, kami menggunakan SUD sahaja.

MENGHARAPKAN PENGUMUMAN RASMI

Suka kami maklumkan, kami bukan suka-suka memberi nama pasukan. Ini ditambah pula apabila pasukan itu bukan dimiliki oleh kami.

Nama pasukan yang digunakan adalah berdasarkan laporan-laporan media yang memetik kata-kata individu berkuasa di dalam FAS, dan juga pengumuman rasmi oleh pihak penganjur Liga Malaysia, seperti MFL dan AFL.

Adalah diharapkan bahawa pihak FAS akan memberi penjelasan yang lebih jelas berkenaan nama-nama pasukan ini apabila memperkenalkan pasukan di bawah naungan mereka pada Rabu ini kelak agar kekeliruan lebih dapat dielakkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top