Kelab Bolasepak Sarawak United mengesahkan bahawa majlis memperkenalkan pemain dan juga jersi rasmi pasukan tersebut akan berlangsung di Asajaya, sebuah pekan kecil di Samarahan.

Menurut kenyataan pasukan tersebut “Majlis Pelancaran dan memperkenalkan pemain pasukan Sarawak United FC musim 2020 akan menemui para penyokong pada 19 Febuari 2020 (Rabu).”

Tambah kenyataan itu lagi, “Majlis sederhana namun dekat kepada penyokong ini bakal dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak di Dataran Asajaya bermula jam 7.30 malam.”

Sarawak United turut mengumumkan bahawa penyanyi jemputan untuk majlis tersebut adalah Ameng Spring.

Adalah dijangka pasukan Sarawak United akan memperkenalkan jersi serba merah pada majlis tersebut.

Sebelum ini, khabar telah bertiup di media sosial berkenaan pelaksanaan majlis tersebut di Asajaya.