PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Usaha berterusan Kelab Bolasepak Sarawak United untuk menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka diambil maklum oleh badan bebas, First Instance Body (FIB).

Ini sekaligus menyaksikan kelab tersebut, bersama Kelantan FC, tidak dikenakan sebarang tunggakan dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL.

Promosi RM1

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara persidangan video bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

FIB dalam pada itu telah memutuskan untuk memotong tiga mata dari kelab Melaka United FC di Liga Super selepas didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang dipersetujui.

FIB dalam kenyataan media yang disiarkan oleh malaysia Football League (MFL) menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat bagi dijadikan teladan untuk memastikan Melaka United FC mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan pada masa akan datang.

Jika pasukan terbabit mengulangi kesalahan yang sama, perkara itu akan dibawa ke FIB untuk keputusan dan tindakan yang seterusnya.