PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan bahawa Hassan Mohammad (gambar) bukan lagi pemain Sarawak.

Menurut satu kenyataan akhbar di laman Facebook rasmi FAS, kedua-dua Hassan dan FAS telah bersetuju untuk menamatkan kontrak dua tahun yang ditandatangani Hassan pada bulan April lalu, sekaligus membenarkan Hassan kembali ke Lubnan untuk menjalani rawatan berkenaan kecederaan yang dialaminya.

Promosi RM1

FAS turut menyebut bahawa kecederaan Hassan merupakan dalang kontrak perkhidmatan Hassan terpaksa ditamatkan awal selepas doktor pakar dari hospital ternama di Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Hassan tidak mungkin akan pulih dalam masa terdekat, dan mungkin akan cedera dan tidak dapat beraksi banyak sepanjang saki baki kontrak dua tahun beliau.

Pelepasan Hassan dari skuad Sarawak hampir pasti mengakibatkan skuad Bujang Senang gigih mencari seorang pemain import baru bagi mengisi kekosongan yang diakibatkan oleh pelepasan Hassan.

Sungguhpun demikian, pemergian Hassan dijangka tidak akan mengubah taktikal dan kempen pasukan Sarawak yang sememangnya sudah redha akan hakikat Hassan tidak akan beraksi pada kempen Piala Malaysia 2014 akibat kecederaan yang diwar-warkan.

Sarawak juga tidak akan dapat menandatangani pemain import baru bagi kempen Piala Malaysia sungguhpun melepaskan Hassan,
kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menegaskan bahawa pintu perpindahan pemain import sudah ditutup.

4 COMMENTS

Comments are closed.