Beberapa minggu yang lalu, heboh menyatakan bahawa Zamri Morshidi kini dilanda kecederaan lagi. Pihak SarawakCrocs.com sempat berbual dengan pemain Sarawak yang cukup berpengalaman itu semasa sesi fotografi yang dianjurkan di Stadium Negeri baru-baru ini bagi bertanyakan khabar beliau, dan mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan kecederaan yang dialaminya.

Menurut Zamri, kecederaan yang beliau alami adalah kecederaan lama. Sungguhpun demikian, beliau tidak perlu menjalani sebarang pembedahan dan doktor hanya menasihatkan beliau untuk mengurangkan aktiviti yang terlalu lasak yang mungkin boleh menambah kecederaan tersebut.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Dalam pada itu, Zamri berharap kecederaan lutut yang dialaminya kini akan cepat sembuh, dan beliau akan kembali berbakti untuk skuad Bujang Senang dalam masa terdekat.

Zamri yang ternyata agak kecewa kerana sudah cedera sungguhpun musim baru belum bermula menambah bahawa beliau buat masa ini hanya membuat larian ringan dan sememangnya tidak sabar untuk bermain bolasepak secara lebih aktif semula.