Kemenangan Sarawak ke atas Terengganu malam tadi menyaksikan Sarawak kini boleh bernafas sedikit lega apabila beberapa keputusan lain seperti di Batu Kawan dan Perak menyaksikan pasukan Bujang Senang melonjak ke tangga ke-8 Liga Super.
Kekalahan PDRM, Pahang FC, serta keputusan seri di anatara Pulau Pinang dan JDT membolehkan Sarawak meningkatkan jurang perbezaan mata di antara mereka dengan zon penyingkiran yang kini dihuni oleh Pulau Pinang dan Pahang FC.
Dengan 18 mata di dalam Liga Super, Sarawak mampu mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Liga Super jika menewaskan pasukan Pulau Pinang pada Sabtu ini di Stadium Negeri. Â Kedudukan Sarawak walaubagaimanapun akan kembali getir sekiranya mereka hanya sekadar seri, atau lebih teruk lagi tewas kepada pasukan pulau mutiara itu.
Dalam pada itu, penganalisis SarawakCrocs berpendapat bahawa pasukan bimbingan David Usop sangat perlu untuk memenangi perlawanan menentang Pulau Pinang kerana semua perlawanan Liga Super selepas itu adalah menentang pasukan yang berkedudukan lebih tinggi di dalam liga, termasuk Selangor, Kelantan, Kedah dan Felda United.
Penganalisis kami percaya bahawa kemenangan menentang Pulau Pinang akan memastikan Sarawak kekal di Liga Super, dengan syarat pasukan Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang terus mengekalkan rentak kekalahan mereka.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Kelompok bawah x beza jauh mata sidaknya..bila2 masa boleh memintas kedudukan pasukan kita sekarang..kita perlukan lagi kemenangan..bagi mengukuhkan lagi kedudukan…
Iboh lok…Sabtu tok mesti nk fokus bena2…Mun dapat tajamkan serangan ya…Keeper berik peluang ngan keeper ke-3…Come on FAS…Iboh leka..
aok bena dari nya jatuh liga…encang Sarawak encang
3 mata jak beza ngan penang ya.. Mesti fokus.. Mun kalah pasya penang menang penang atas sarawak sebab kelebihan gol
Jgn leka ..xkn nak harap penalti girmar jak….
Mesti mng keatas peneng
lwn Penang lk main seney …std. negeri kh ?
Aol
Aok
Tahniah ngap sayot
Yes…ohhhhha swk blh
Lagi kemenangan ingin diteruskan..walaupun bukan mudah tetapi berusaha untuk tidak tercicir mata lagi terutamanya di gelanggang sendiri, manfaatkan segala peluang yang ada…
Teruskan curapermain kamu yang pantas …dan masti setiap pelawanan pada hari 6 ini kamu masti mng keatas peneng…O…HAA.
Jgn happy dlk admin…gik paras bahaya ya…point2 masih dekat