Persatuan Bolasepak Kuching (Kuching FA) dikhabarkan sedang mempertimbangkan tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan mereka beraksi di Liga FAM pada musim hadapan.

Menurut Pengerusi LBR, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, Kuching FA kini sedang giat mencari penaja bagi membolehkan mereka beraksi di Liga FAM, sekaligus menyambut tawaran FAM agar finalis Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim lalu diberi kemasukan automatik ke Liga FAM.

Liga FAM adalah Liga ketiga tertinggi di Malaysia, dengan penyertaan pasukan-pasukan dari seluruh negara.
Jika Kuching FA berjaya mengukuhkan kewangan mereka dengan mendapatkan penaja, Kuching FA akan menjadi pasukan kedua dari Sarawak yang beraksi di Liga Malaysia pada musim hadapan.

Musim 2016/17 LBR dijangka bermula pada 24 September 2016. dengan sebanyak 125 pasukan bertanding. Ini adaalah satu penambahan besar berbanding 110 pasukan yang mewarnai saingan musim sulung dari September hingga Mei lalu.

25 COMMENTS

  1. . . . Dri nk bt 1 team lg. . Bgus kuatkn team y sdia ada. . .n briskn smua pmain dri wrga srawak sja. . . .bru mutu dan prmainkn kita mju. . .skdar pndpt. . .tima ksih. . .s4s. . .

    • Memang dari dolok sidak dalam ya …xkan mok mbak ambik orang lain agik…sidak lelah lelah nait kan team sidak …senang senang mok masuk orang lain dan sidak akan rasa kecik ati kerana cdak bermati matian main last last orang yang xda kenak mengenak team ya senang senang masuk dan ambik nama…mun mok main semua bangsa apahal dolok dolok xmok masuk

  2. Usaha yang baik, jangan dipersia2kan segala kemahiran & bakat yang ada pada anak watan Sarawak..boleh perluaskan lagi ke pelusuk negeri untuk mperkuatkan team..sponsor tu cari yang kukuh kewangangannya, yang ikhlas memberi sokongan

  3. Asalamualaikum & Salam Sejahtera ngan ktk urg smua Sarawakian Comunity..Bagi aku mun team KUCHING FA mok main dlm Liga FAM..1st cadangan aku yg paling penting Penglibatan Tajaan2 dr Kompeni korporat besar2 yg ada di Negeri kita tok tampil jd penaja mun mok nangga Team KUCHING FA tok maju ke hadapan & ke peringkat lebih tinggi lagik..Selebihnya terpulang dgn pihak pengurusan & tadbir pasukan tok mpun..Banyak bakat2 & kebolehan mbiak2 mudak2 remaja di setiap pelosok daerah2 di Sarawak yg besar drpd tanah Malaya tok boleh diketengahkn,dicungkil bakat2 sdak ya..

Comments are closed.