Pasukan Bujang Senang memungut mata penuh di Stadium Negeri hari ini apabila mereka menumpaskan pasukan Terengganu 2-1.
Sarawak yang bermula garang tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila penyerang sensasi mereka, Ndumba Makeche mudah menewaskan Sharbinee A. untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan seawal minit kedua.
Tidak mahu berpuas hati dengan satu gol, pasukan Sarawak meneruskan rentak menyerang mereka tetapi dua cubaan di dalam kawasan penalti Sarawak gagal menemui sasaran.
Walaubagaimanapun, keghairahan Sarawak menyerang membawa padah apabila Vincent Bikana menyamakan kedudukan pada minit ke-22.
Tersentak dengan gol penyamaan tersebut, Sarawak melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu, tetapi rangkaian penyerang Sarawak yang dibarisi Makeche dan Gilmar Filho terus buntu mencari gol sehingga tamat babak pertama.
Bermula babak kedua, pasukan Sarawak meneruskan asakan mereka ke atas kubu Terengganu namun keadaan padang yang becak menyukarkan mereka membuat serangan merbahaya. Terengganu yang sekali sekala menyerang dilihat menembusi pertahanan Sarawak dengan keadaan padang yang becak menyulitkan lagi misi mereka.
Pada minit ke-58, serangan pantas dari Tommy Mawat menyaksikan Sarawak dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran dikesan pengadil.
Gilmar tampil untuk mengambil sepakan, dan mudah menewaskan penjaga gol Terengganu melalui sepakan leret beliau.
Sarawak meneruskan asakan mereka ke gawang pasukan Terengganu, namun cubaan-cubaan mereka seringkali tersasar.
Pada sepuluh minit terakhir perlawanan, Terengganu memasukkan Hairuddin Omar untuk Joseph Kalang Tie dan ini menyaksikan pasukan Pantai Timur itu berusaha merobek gawang Sarawak yang dikawal ketat Iqbal Suhaimi.
Pada minit-minit kecederaan, Terengganu hampir menyamakan kedudukan sebanyak dua kali, namun ketangkasan Iqbal menyaksikan kedua-dua cubaan tersebut ditepis untuk sepakan penjuru yang mengecewakan.
Sarawak hadir dengan peluang terakhir perlawanan pada masa tambahan, namun rembatan kencang oleh Junior Aparecido terkena palang.
Keputusan akhir, Sarawak 2-1 Terengganu.
DAPATKAN BAJU BERUNSUR BOLASEPAK SARAWAK DI 3CIETY SEKARANG. Dicetak di Selangor, direka oleh orang Sarawak. | Dapatkan pelekat berunsur Sarawak di KEDEY SARAWAKCROCS
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Raja sungai lawan raja laut
Admin mintak standing trkini liga super
Menang raja sg rejang lwn air masin….
Alhamdulillah
Yahooo… ngap Sanyottt!!
Boyak ngembak penyu lawan sapa paling lama menyelam lam aek
Sang penyu dibaham sang buaya ooohaaa
penyuk knk air ujn ne dak hahaha
Ngap sayot telah bangkit….next match P Pinang perlu d bahan olh sang boya….
tahniah…the crocs YNWA
I love buaya…hurray…
Sarawak coach for sarawakian
Sekali ngap jak penyu ya.
Tggu penang mai..
Tahniah Sarawak
Go swk go
Tahniah srwk
teruskan ke menanggan
Haha. .lemas
Bagus. Kekal liga super keutamaan next season
Bujang senang baham penyu hahahaha encang sarawak encang yahoooo
amboi!. statement
[…] Liga Super: Sang Penyu lemas di Stadium Negeri […]
Tahniah sarawak
Tahniah Sarawak..
tok br bujang senang,
Tegam baya u u..